AGENSI

Unisel agih daging korban kepada warga kerja, golongan memerlukan

12 Jul 2022, 1:25 PM
Unisel agih daging korban kepada warga kerja, golongan memerlukan

SHAH ALAM, 12 JULAI: Universiti Selangor (Unisel) hari ini menyembelih lima ekor lembu untuk diagih kepada warga kerja dan golongan memerlukan sempena Aidiladha.

Presiden dan naib canselornya berkata program yang diadakan di Masjid Unisel, Kampus Bestari Jaya itu dapat mengimarahkan program tahunan universiti selepas dua tahun tidak dapat dilaksanakan akibat Covid-19.

"Sebanyak lima ekor lembu dikorbankan pada hari ini merangkumi sumbangan seekor lembu daripada Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI.

"Manakala selebihnya merupakan sumbangan penyertaan daripada kakitangan dan ahli qariah Masjid Unisel," kata Prof Dato’ Dr Mohammad Redzuan Othman di Facebook.

Jumlah haiwan korban yang diagih Unisel pada Aidiladha kali ini adalah sama pada Ogos 2019 iaitu kali terakhir program ibadah korban dilaksana di universiti terbabit sebelum negara dilanda wabak.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619