AGENSI

Tulis khutbah kreatif, peluang menang hadiah keseluruhan RM9,000

12 Jul 2022, 2:42 AM
Tulis khutbah kreatif, peluang menang hadiah keseluruhan RM9,000

SHAH ALAM, 12 JULAI: Orang ramai berpeluang meraih hadiah keseluruhan RM9,000 menerusi pertandingan menulis khutbah kreatif anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Menurut agensi, penyertaan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia beragama Islam berusia 18 tahun ke atas dengan penulisan bertemakan hak pengguna, pemuliharaan alam sekitar dan ummah sejahtera.

"Peserta perlu mendaftar sebagai penulis di www.evokhutbah.jais.gov.my serta tulis dan hantar khutbah melalui sistem dalam talian penulisan khutbah," katanya.

Tempat pertama bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM3,000, kedua (RM2,000) dan ketiga (RM1,500) manakala lima pemenang sagu hati (RM500).

Tarikh tutup penyertaan pada 15 September.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619