AGENDA

MB anjur ibadah korban di kediaman rasmi, agih daging untuk penduduk sekitar

11 Jul 2022, 11:35 AM
MB anjur ibadah korban di kediaman rasmi, agih daging untuk penduduk sekitar
MB anjur ibadah korban di kediaman rasmi, agih daging untuk penduduk sekitar

SHAH ALAM, 11 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari meneruskan tradisi ibadah korban di kediaman rasminya di Seksyen 7, di sini hari ini.

Program Korban Perdana tahun ini melibatkan enam ekor lembu serta enam ekor kambing dan urusan penyembelihan dilaksanakan ahli keluarga serta sahabat handai.

“Ini merupakan tradisi di kediaman rasmi sejak tahun pertama dilantik menjadi Menteri Besar. Beberapa petugas dijemput untuk persediaan jamuan petang ini.

“Daging korban ini akan diagih juga ke beberapa lokaliti dan kawasan. Dalam masa sama, jiran-jiran turut dijemput,” katanya ketika ditemui.

Program turut dihadiri EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim.

Ibadah korban itu mendapat kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, Jabatan Agama Islam Selangor, Team Selangor, Kelab SUK dan komuniti DUN Sungai Kandis.

Selain itu, Amirudin juga menyempurnakan penyembelihan haiwan korban berkenaan.

Pagi tadi Dato' Menteri Besar menyertai aktiviti Qurban Perdana Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua, DUN Gombak Setia serta Jawatankuasa Penduduk Majlis Perbandaran Ampang Jaya Zon 1.

Semalam beliau terbabit program korban di tujuh lokasi merangkumi empat di DUN Sungai Tua, Gombak Setia (dua) dan Hulu Kelang (satu).

[caption id="attachment_529756" align="aligncenter" width="500"] Dato' Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) menyertai sembelihan lembu dalam program Korban Perdana di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Seksyen 7, Shah Alam pada 11 Julai 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619