AGENDA

MB: Idea rakyat dimasuk dalam Rancangan Selangor Satu

10 Jul 2022, 10:00 AM
MB: Idea rakyat dimasuk dalam Rancangan Selangor Satu

GOMBAK, 10 JULAI: Rancangan Selangor Satu (RS-1) yang bakal dibentangkan pada bulan ini telah mengambil kira idea dikemukakan rakyat, kata Dato' Menteri Besar.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata proses mengumpul pandangan orang ramai dilaksana serta diteliti sejak awal lagi sebelum penghasilan RS-1 siap sepenuhnya.

“Sudah pasti Kerajaan Negeri dapatkan pandangan rakyat dan sekarang ini simposium pun sudah berlaku.

“Kita bukan lakukannya selama sehari tetapi telah bentang, lapor dan mendapatkan maklum balas dari  jabatan, agensi dan orang ramai. Semua proses ini dilakukan sebelum ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menjalankan ibadah korban di Masjid Al-Taqwa di sini, hari ini.

RS-1 yang bakal dibentang bulan ini merangkumi pelbagai aspek bermula daripada kebajikan rakyat sehingga meningkatkan mutu perkhidmatan awam.

Terdapat empat prinsip dalam RS-1 iaitu ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus bagi menjayakan agenda Negeri Pintar menjelang 2025.

Khamis lalu, bertempat di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Amirudin hadir melancarkan Majlis Simposium Prapelancaran RS-1 2021-2025.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619