AGENDA

MB, pimpinan Selangor laung takbir raya di masjid negeri

9 Jul 2022, 2:23 PM
MB, pimpinan Selangor laung takbir raya di masjid negeri

SHAH ALAM,9 JULAI: Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melaungkan takbir sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini malam ini.

Alunan takbir raya yang disertai kira-kira 150 jemaah itu yang dipimpin Imam Besar Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Muhammad Farhan Wijaya.

Hadir sama, EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Haris Kassim, Mufti Selangor Dato' Dr Anhar Opir dan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad.

Terdahulu, Amirudin tiba kira-kira jam 8.30 malam bersama isteri Datin Seri Masdiana Muhamad untuk menunaikan solat Isyak secara berjemaah dengan diimami Imam Abdul Karim Omar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619