AGENDA

Kerusi keselamatan lindungi kanak-kanak, kurang risiko cedera jika nahas

8 Jul 2022, 11:38 AM
Kerusi keselamatan lindungi kanak-kanak, kurang risiko cedera jika nahas
Kerusi keselamatan lindungi kanak-kanak, kurang risiko cedera jika nahas

KUALA LUMPUR, 8 JULAI: Kerusi Keselamatan Kanak-kanak (CRS) berupaya meningkatkan keselamatan dan perlu dipandang serius untuk digunakan terutamanya ketika musim perayaan yang risiko berlakunya kemalangan adalah lebih tinggi berbanding hari-hari biasa.

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menerusi satu kenyataan hari ini berkata ibu bapa perlu menggunakan CRS agar kadar kemalangan dan nahas jalan raya yang melibatkan kanak-kanak dapat dikurangkan.

"Ketika ini terdapat satu program yang masih dijalankan iaitu Subsidi Pembelian Kerusi Keselamatan Kanak-Kanak Keluarga Malaysia (MyCRS) yang bertujuan untuk membantu golongan B40 memiliki CRS pada harga mampu milik.

Sehingga kini jumlah penerima yang layak untuk menerima subsidi di bawah Program MyCRS ini adalah sebanyak 256,202 daripada 473,346 pemohon iaitu melebihi 36 peratus daripada sasaran asal jumlah penerima subsidi, iaitu sebanyak 188,000 penerima," menurut kenyataan itu.

Miros turut mengatakan bahawa bagi permohonan yang berjaya akan dilanjutkan tempoh sah subsidi pembelian kepada tiga bulan dari tarikh semakan dan mereka perlu untuk mengambil kesempatan ini dengan membeli CRS dari 259 wakil penjual bertauliah di seluruh Malaysia.

Menurut Miros, ia juga menjalankan Program Jelajah Subsidi MyCRS bagi meningkatkan pembelian MyCRS yang disubsidi seterusnya meningkatkan kesedaran ibu bapa tentang pentingnya penggunaan CRS.

Miros berkata program yang bermula bulan ini dilaksanakan di klinik-klinik kesihatan serta lokasi terpilih lain di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Melalui program ini Miros akan membantu orang awam yang berkelayakan untuk mendaftar dan mendapatkan kelulusan permohonan subsidi dengan segera dan pengunjung yang hadir ke lokasi program juga berpeluang untuk mendapat baucar diskaun tambahan.

Maklumat lanjut berkenaan tarikh Program Jelajah Subsidi MyCRS akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di media sosial dan rasmi Miros.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619