AGENDA

Anwar: Dasar tangani harga barang berkesan dalam 22 bulan HARAPAN perintah (VIDEO)

8 Jul 2022, 2:00 AM
Anwar: Dasar tangani harga barang berkesan dalam 22 bulan HARAPAN perintah (VIDEO)

SHAH ALAM, 8 JULAI: Sebahagian dasar Pakatan Harapan (HARAPAN) sepanjang 22 bulan memerintah negara termasuk kos sara hidup jauh lebih berkesan berbanding pentadbiran masa kini.

Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beberapa isu melibatkan sensitiviti orang Melayu perlu diperjelas dengan jitu sebelum usaha tersebut dilaksanakan.

"Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Diskriminasi Kaum (Icerd) kalau kita hendak lakukan, kena jelaskan kerana Melayu anggap ini sebagai satu hal yang menekan Islam dan hak keistimewaan," katanya dalam temu bual eksklusif bersama Media Selangor.

Wawancara tersebut akan disiarkan secara bersiri mulai 13 hingga 15 Julai di portal Selangorkini dan YouTube Selangor TV. Temu bual tersebut juga dimuatkan dalam akhbar edisi 14-20 Julai.

Anwar turut mengupas pelbagai isu semasa antaranya pemilihan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), kenaikan harga makanan, kerjasama pembangkang dalam pilihan raya umum dan Rang Undang-undang Antilompat parti.

[video width="1920" height="1080" mp4="https://selangorkini.my/wp-content/uploads/2022/07/1.-DSAI-PROMO_YOUTUBE.mp4"][/video]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619