AGENSI

Bekalan air terhad cabaran bersihkan rumah mangsa bah di Baling

7 Jul 2022, 11:35 AM
Bekalan air terhad cabaran bersihkan rumah mangsa bah di Baling
Bekalan air terhad cabaran bersihkan rumah mangsa bah di Baling

SHAH ALAM, 7 JULAI: Bekalan air bersih terhad untuk mencuci kawasan kediaman mangsa bah di Baling, Kedah antara cabaran didepani 263 sukarelawan Selangor.

Majlis Sukan Negeri Selangor memaklumkan cabaran lain termasuk jumlah sampah dan barang rosak yang banyak selain laluan sempit untuk pergerakan keluar masuk kenderaan.

"Tempat pembuangan sampah juga jauh menjangkau 45 minit masa perjalanan dan kami lewat menerima maklumat untuk mengenal pasti kawasan terjejas selain lokasi perumahan tidak terancang.

"Kami buat pembersihan selama dua hari dan bersedia melanjutkannya jika ada keperluan," kata Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Generasi Mudanya Ahmad Bakrin Sofawi Abu Bakar ketika dihubungi.

Beliau berkata seramai 263 anggota dari pelbagai agensi digerakkan dalam misi bantuan pascabanjir yang turut disertai EXCO Pembangunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman.

Jelasnya, lokasi pembersihan meliputi Kampung Sadek, Kampung Tanjung Merbau, Kampung Jerai, Kampung Tanjung Kupang dan Kampung Seberang Jaya yang dijangka selesai esok.

Konvoi Misi Selangor Penyayang diketuai Setiausaha Bahagian Unit Pengurusan Bencana Selangor Mohd Ikram Rahimi berserta anggota pihak berkuasa tempatan dan Sukarelawan Selangor (SERVE).

Sebanyak 33 jentera dan 112 alatan dibawa bagi menjayakan operasi bantuan meliputi pacuan empat roda (4×4), van, lori Roll on Roll Off (RoRo) dan lori tipper.

Perkakas lain termasuk mesin pemotong pokok, tong air, pam air bertekanan tinggi, jengkaut dan lampu untuk membantu membersihkan kediaman penduduk dan membuka semula laluan.

[caption id="attachment_529175" align="aligncenter" width="651"] EXCO Pemabngunan Modal Insan Mohd Khairuddin Othman (kiri) bersama Sukarelawan Selangor membersihkan kediaman salah seorang mangsa banjir di Baling, Kedah pada 7 Julai 2022. Foto ihsan Sukarelawan Selangor[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619