EXCO

Sasar bina 10,000 pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025

7 Jul 2022, 10:16 AM
Sasar bina 10,000 pengecas kenderaan elektrik menjelang 2025

SHAH ALAM, 7 JULAI: Selangor berhasrat mewujudkan 10,000 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di tempat awam menjelang 2025 dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) dan swasta.

EXCO Alam Sekitar Hee Loy Sian berkata usaha itu bagi menggalakkan lebih ramai individu menggunakan kenderaan elektrik sekali gus membantu mengurangkan pembebasan karbon.

Beliau turut menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 unit pengecas dipasang tahun ini di parkir awam termasuk pusat membeli-belah bagi memenuhi permintaan pengguna.

"Kita yakin dengan kemudahan ini, lebih ramai individu yakin untuk membeli kenderaan elektrik dan kemungkinan harga (kenderaan) lebih murah apabila banyak permintaan," katanya.

Beliau bercakap dalam Forum (Kelestarian) pada Majlis Simposium Prapelancaran Rancangan Selangor Satu (RS-1) 2021-2025 di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam di sini hari ini.

Rancangan itu menumpukan empat tema utama merangkumi ekonomi, sosial, kelestarian dan tadbir urus yang dijadikan panduan bagi menjayakan agenda Negeri Pintar menjelang 2025.

Belanjawan Selangor lalu memperuntuk RM10 juta bagi projek pemasangan stesen pengecas EV selain tawaran insentif kepada perniagaan dan industri yang melabur dalam infrastruktur itu.

Tawaran termasuk pengurangan fi lesen dan cukai taksiran selain pengguna EV diberi keistimewaan parkir percuma bawah pentadbiran PBT.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619