AGENDA

Pemandu lori diberkas rempuh 12 kenderaan di Tambak Johor

7 Jul 2022, 6:36 AM
Pemandu lori diberkas rempuh 12 kenderaan di Tambak Johor

SHAH ALAM, 7 JULAI: Seorang pemandu lori berusia 34 tahun ditahan polis selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan 12 kenderaan di Tambak Johor pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan berkata kejadian itu berpunca daripada kerosakan teknikal lori yang membawa muatan habuk kayu, lapor Kosmo Online.

Asisten Komisioner Raub Selamat menjelaskan enam daripada kenderaan itu berdaftar di Malaysia manakala selebihnya bernombor pendaftaran Singapura.

“Kenderaan yang terlibat adalah sebuah lori, sebuah bas, sebuah van dan sembilan buah kereta. Bagaimanapun, (kemalangan) tidak melibatkan kehilangan nyawa mahupun kecederaan," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

                                                                     

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619