AGENDA

Melukis jadi terapi masalah kebimbangan melampau remaja lelaki

7 Jul 2022, 3:18 AM
Melukis jadi terapi masalah kebimbangan melampau remaja lelaki

SHAH ALAM, 6 JULAI: Seorang pelajar tingkatan lima menjadikan seni sebagai terapi masalah kebimbangan melampau (anxiety disorder) yang dialami sejak usia lima tahun.

Putra Imtiyaz Thaqif Syah Putra Iskandar Shah, 17, ditukarkan dari aliran sains kepada seni oleh ibunya semasa di tingkatan empat bagi mengatasi rasa takut terutama ketika berhadapan dengan orang awam.

Guru seninya Carolanne Ma berkata setiap lukisan dihasilkan mencerminkan diri Putra yang mahu keluar daripada masalah tersebut dan memberi kepuasan apabila mampu menyiapkannya.

“Selain belajar seni, dia kena latih diri untuk berani bercakap. Dalam kelas dia ditempatkan dengan pelajar perempuan boleh bergaul dan berkomunikasi.

“Bagi orang lain mungkin benda ini dipandang remeh tetapi bagi dia sangat susah. Sebab itu setiap kali melukis dia akan rasa semangat,” katanya ketika ditemui.

Putra dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Darul Aman, Kedah antara 45 pengkarya muda yang menyertai Pameran Sembuh anjuran Galeri Shah Alam dengan kerjasama UiTM bermula 4 hingga 21 Julai.

Karya akrilik atas kanvas bertajuk Bangkit Dari Wabak memaparkan dua organ manusia yang dijangkiti Covid-19 dan bebas daripada virus.

Carolanne berkata anak ketiga daripada empat beradik itu menyiapkan lukisan tersebut selama 15 jam sebelum penyertaan dihantar kepada penganjur pada April lalu.

“Sehingga kini, dia memiliki lima lukisan dengan dua daripadanya dibawa ke pameran. Beberapa hari lepas lukisannya turut dihantar ke sebuah pameran di Bangkok, Thailand.

“Dia juga merancang untuk menyertai pameran di GMBB hujung tahun ini,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619