AGENDA

Subvarian Omicron pantas merebak, orang ramai disaran terus waspada

7 Jul 2022, 2:14 AM
Subvarian Omicron pantas merebak, orang ramai disaran terus waspada

SHAH ALAM, 7 JULAI : Orang ramai diingatkan supaya tidak mengambil ringan jangkitan terhadap wabak Covid-19 memandangkan dua subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 pantas merebak.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kini lebih 110 negara sudah merekodkan peningkatan kes disebabkan oleh dua subvarian berkenaan.

"Selain Malaysia, negara jiran seperti Singapura dan Indonesia juga mengalami peningkatan kes. Ramai orang di sekeliling kita yang tidak dijangkiti sepanjang dua tahun lalu kini sudah dijangkiti," tulisnya di Twitter semalam.

"Pakai pelitup muka di tempat tertutup dan kawasan sesak serta amalkan langkah-langkah uji, lapor, maklum, asing dan dapatkan rawatan (TRIIS)."

Justeru, Khairy menyarankan individu terutamanya warga emas dan golongan berisiko tinggi yang masih belum mendapatkan dos penggalak untuk segera melakukannya.

Setakat 5 Julai, sebanyak 2,932 kes baharu Covid-19 direkodkan berbanding 1,918 kes sehari sebelum itu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619