AGENDA

Dua pegawai polis di pusat hiburan: Tiada tangkapan, rampasan wang

6 Jul 2022, 12:19 PM
Dua pegawai polis di pusat hiburan: Tiada tangkapan, rampasan wang

SHAH ALAM, 6 JULAI: Polis Selangor mengesahkan bahawa tiada tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai dibuat terhadap dua pegawai kanan polis yang berada di sebuah pusat hiburan di Petaling Jaya, tengah malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata dalam serbuan yang dilakukan oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman ke atas pusat hiburan berkenaan kira-kira 12.15 tengah malam, dua orang pegawai kanan polis berpangkat Asistan Superintenden Polis dan Inspektor yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya dan Bukit Aman, didapati turut berada di dalam premis tersebut bersama pengunjung lain.

"Polis Kontinjen Selangor mengesahkan bahawa tiada sebarang tangkapan atau rampasan dalam bentuk wang tunai yang dibuat terhadap kedua-dua pegawai berkenaan sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak," katanya.

Bagaimanapun katanya kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

"Ingin ditegaskan bahawa, pihak polis tidak akan sama sekali berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang melanggar peraturan atau mencemarkan imej pasukan polis serta tindakan tegas akan diambil selaras dengan peraturan yang ditetapkan," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619