AGENDA

Penerbit filem Mat Kilau mohon maaf, akui terlepas pandang logo Finas

6 Jul 2022, 6:58 AM
Penerbit filem Mat Kilau mohon maaf, akui terlepas pandang logo Finas

SHAH ALAM, 6 JULAI : Penerbit filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan mengakui pihaknya terlepas pandang untuk memberi kredit kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dalam filem dan bahan bercetak.

Abdul Rahman Mt Dali berkata sebagai pendatang baharu dalam bidang perfileman, Studio Kembara masih belum cukup pengalaman mengendalikan perkara seumpama itu.

"Urusan berkaitan pemberian kredit adalah tanggungjawab pihak ketiga yang diamanahkan. Kami tidak sedar logo Finas tidak diletakkan dalam senarai kredit filem itu hinggalah hari berlangsungnya sesi tayangan perdana, baru-baru ini.

"Kesilapan juga berpunca daripada kami yang tidak membuat pemeriksaan terperinci sebelum filem ditayangkan," katanya seperti dilapor BH Online hari ini.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Urusan Studio Kembara menjelaskan tidak timbul konflik dengan Finas sebaliknya sedia memperbaiki kesalahan termasuk bertemu pengurusan agensi itu.

Sebelum ini, Finas mendakwa penerbit filem biografi epik Mat Kilau agal memberi kredit kepada agensi itu dan mengarahkan penguam untuk menyemak isu berkenaan kerana ia bercanggah dalam terma perjanjian.

Filem yang dibarisi ramai pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Datuk Jalaluddin Hassan, Namron, Khir Rahman dan Yayan Ruhian berjaya meraih kutipan tiket hampir RM48 juta selepas 11 hari ditayangkan di negara ini, Singapura dan Brunei.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619