EXCO

Program permit khas benarkan tanah pertanian untuk kegiatan lain

6 Jul 2022, 3:34 AM
Program permit khas benarkan tanah pertanian untuk kegiatan lain

SHAH ALAM, 6 JULAI: Selangor bercadang memperkenal program permit khas yang membenarkan tanah pertanian dibangunkan bagi kegiatan lain termasuk industri halal.

Dalam kenyataan di Facebook, EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata usaha tersebut dibuat berikutan sektor halal menjadi tumpuan utama dunia ketika ini.

"Jika ada yang mempunyai tanah persendirian dan ingin memulakan bisnes atau perniagaan yang membabitkan keperluan untuk menukar status tanah, maka bolehlah berbuat demikian.

"(Namun, ia) tertakluk kepada terma dan syarat yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan," katanya selepas merasmikan Seminar Kesedaran Halal peringkat daerah Hulu Langat semalam.

Sebelum ini, Mohd Zawawi memaklumkan Kerajaan Selangor bersama anak syarikat Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) bakal meneroka pasaran industri halal di Eropah dan Asia Barat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619