AGENDA

Finas dakwa penerbit filem Mat Kilau tidak beri kredit, arah peguam semak perjanjian

6 Jul 2022, 2:44 AM
Finas dakwa penerbit filem Mat Kilau tidak beri kredit, arah peguam semak perjanjian

SHAH ALAM, 6 JULAI : Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) mendakwa penerbit filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan gagal memberi rujukan penghargaan atau kredit kepada agensi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Prof Dr Md Nasir Ibrahim berkata pihaknya mengarahkan peguam untuk menyemak isu berkenaan kerana ia bercanggah dalam terma perjanjian.

"Penerbit perlu masukkan logo Finas dalam bahan bercetak yang berkaitan filem berkenaan, namun perkara ini gagal dilakukan," katanya seperti dilapor BH Online.

"Selain itu, kredit yang diberi dalam filem hanya dimasukkan selepas tujuh hari filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan ditayangkan di pawagam. Ini dengan jelas mengingkari perjanjian yang dipersetujui dan dimeterai dua pihak."

Menurut Md Nasir, Finas menyalurkan Dana Kandungan Digital (DKD) RM1.5 juta sebagai usaha membantu Studio Kembara Sdn Bhd merealisasikan projek berkenaan yang sebelum ini terbengkalai.

"Selain DKD, Finas menyalurkan dana pemasaran RM300,000 dan membenarkan penggunaan studio untuk kerja pasca produksi secara percuma di Studio Mixstage, Kompleks Studio Merdeka bernilai RM180,000," katanya yang akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung isu berkenaan, tidak lama lagi.

Filem biografi epik Mat Kilau yang telah mencetuskan fenomena luar biasa berjaya meraih kutipan tiket hampir RM48 juta selepas 11 hari ditayangkan di negara ini, Singapura dan Brunei.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619