AGENSI

135 pelajar Yayasan Selangor sertai program sains, teknologi anjuran Unisel

5 Jul 2022, 3:05 AM
135 pelajar Yayasan Selangor sertai program sains, teknologi anjuran Unisel

SHAH ALAM, 5 JULAI : Seramai 135 pelajar tingkatan tiga dan lima tajaan Yayasan Selangor menyertai program Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) Amusement Day anjuran Universiti Selangor (Unisel).

Unisel menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan program itu diadakan selama tiga hari mulai 1 Julai di Kampus Bestari Jaya bertujuan menarik minat pelajar terhadap bidang pendidikan STEM.

"Pelbagai aktiviti menarik membabitkan kurikulum dan kokurikulum diadakan sepanjang program berlangsung sebagai persediaan buat pelajar sebelum melangkah ke alam universiti.

"Malah, Unisel amat mendukung STEM bagi memastikan pelajar sentiasa kreatif dan terus berinovasi dalam era teknologi masa kini," katanya.

Terdapat enam modul STEM di bawah modul Jabatan Kejuruteraan dan modul Jabatan Sains dan Bioteknologi yang diterapkan kepada para pelajar iaitu Terokai Dunia Elektrik..Let's Go!, Structure and Civil Work Measurement - Where to Build?, Paper Plane - Mechanical Concept, Piramid Sierpinski, Drone at Home dan Microbes Art.

Majlis penutupan program STEM Amusement Day yang berlangsung kelmarin itu disempurnakan oleh Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat Prof Madya Dr Dzulkarnain Ahmad. Turut hadir Pengurus Kanan Pendidikan Yayasan Selangor Zahura Zakry.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619