EXCO

Ibadah korban, 425 ekor lembu diagih kepada masjid dan surau

4 Jul 2022, 7:01 AM
Ibadah korban, 425 ekor lembu diagih kepada masjid dan surau

SHAH ALAM, 4 JULAI: Kerajaan Negeri menyumbang sebanyak 425 ekor lembu untuk ibadah korban kepada masjid, surau Jumaat dan surau kariah yang mencatat kutipan rendah sempena Hari Raya Aidiladha.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata sumbangan melibatkan 332 masjid, 31 surau jumaat dan 62 surau kariah membolehkan daging diagih kepada golongan berpendapatan rendah.

"Kerajaan Negeri melalui syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bersetuju menyumbang 425 ekor lembu. Agihan dilakukan pejabat agama Islam daerah setelah perbincangan bersama Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Kita mahu agihan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak atau penduduknya berpendapatan rendah," katanya ditemui pada Seminar Pemantapan Sembelihan Halal Qurban di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Zawawi yang juga wakil rakyat Sungai Kandis memaklumkan pihaknya mengagihkan 20 ekor kambing dan empat lembu di sekitar kawasan tersebut.

"Agihan akan dibuat dalam masa terdekat dan diberikan kepada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), surau-surau terpilih yang komunitinya tidak ramai," katanya.

Pada 19 Jun, Dato' Menteri Besar memaklumkan sebanyak 660 ekor lembu dan 1,000 ekor kambing bernilai RM5.05 juta diagihkan untuk ibadah korban tahun ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata sumbangan itu diperoleh daripada GLC, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan pelbagai agensi lain.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619