AGENDA

Penyamun warga asing maut tertetak paha sendiri

4 Jul 2022, 2:22 AM
Penyamun warga asing maut tertetak paha sendiri

SHAH ALAM, 4 JULAI: Seorang lelaki warga asing maut selepas tertetak pahanya sendiri ketika bergelut dengan seorang lelaki yang mahu disamun di Taman Perindustrian Kepong semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, suspek berusia 50 tahun bersenjatakan sabit panjang beberapa kali menetak mangsa yang kemudiannya mengambil kerusi plastik untuk mempertahankan diri.

Asisten Komissioner Zainal Mohamed Mohamed menjelaskan pihaknya menerima maklumat mengenai suspek yang tertiarap atas jalan dalam keadaan berlumuran darah 36 meter dari tempat kejadian.

"Siasatan di tempat kejadian menemui suspek tertiarap di atas jalan dan terdapat sebilah sabit panjang dalam genggaman tangan kanannya.

"Sementara mangsa seorang lelaki bukan warganegara berumur 48 tahun dibawa ke Hospital Sungai Buloh, namun disahkan meninggal dunia tengah hari semalam," katanya dalam kenyataan semalam.

Zainal Mohamed berkata suspek datang ke premis dan berbual dengan mangsa namun tiba-tiba suspek menyerang mangsa beberapa kali dan menetaknya dengan niat untuk menyamun.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619