SELANGOR

Dua beranak dikhuatiri lemas, bot dinaiki jatuh kolam takungan

2 Jul 2022, 11:01 AM
Dua beranak dikhuatiri lemas, bot dinaiki jatuh kolam takungan

KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Dua beranak dikhuatiri lemas selepas bot yang dinaiki terbalik di sebuah kolam takungan di Taman Cahaya Sungai Chua, Kajang, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Norazam Khamis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 2.15 petang.

"Maklumat awal yang diterima mendapati bot tersebut dinaiki tiga lelaki iaitu seorang ayah dan dua anaknya.

"Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) menggunakan teknik grappling iron bagi mengesan dua mangsa berusia 50-an dan 15 tahun dalam kolam takungan dengan kedalaman 30 meter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata seorang lagi mangsa berusia 18 tahun berjaya menyelamatkan diri.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619