AGENSI

Pekawanis: Wanita perlu amal gaya hidup sihat, jaga pemakanan

2 Jul 2022, 10:20 AM
Pekawanis: Wanita perlu amal gaya hidup sihat, jaga pemakanan

KUALA SELANGOR, 2 JULAI: Wanita perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan menjaga pemakanan sebaiknya, kata yang dipertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).

Datin Seri Masdiana Muhamad berkata makanan berkhasiat adalah permulaan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.

"Kurangkan pengambilan makanan dan minuman manis sebaliknya banyakkan makanan seperti sayur-sayuran, buah-buahan, ulam dan protein yang segar di samping makan mengikut waktu.

"Sebagai seorang wanita, isteri dan ibu perlu mulakan sesuatu amalan itu supaya lama-kelamaan ia menjadi ikutan kepada ahli keluarga yang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika program Bual Bicara dan Hi-Tea Puspanita daerah Kuala Selangor bersama Pekawanis di Jelajah Selangor Penyayang dekat Stadium Utama Kuala Selangor di sini hari ini.

Berkongsi sering mengisi masa terluang dengan bersenam dan beriadah, Masdiana berkata itu antara aktiviti 'keluar peluh' beliau dan keluarga lakukan demi memastikan kesihatan terjaga.

"Kita mulakan bersenam sekurang-kurangnya setengah jam sehari kemudian lama-kelamaan cuba tingkatkan kepada sejam, dua jam sehari sehingga menjadi tabiat.

"Segelintir wanita mungkin agak sibuk sehingga tidak sempat untuk bersenam tetapi bagi saya kita perlu mula dahulu walaupun dengan hanya mengemas rumah," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619