AGENDA

Anwar: Jurang kemiskinan lebar akibat pemimpin rasuah, salah guna kuasa

2 Jul 2022, 8:09 AM
Anwar: Jurang kemiskinan lebar akibat pemimpin rasuah, salah guna kuasa

PETALING JAYA, 2 JULAI: Tahap kemiskinan di negara ini semakin ketara manakala jurangnya kian lebar akibat ramai pemimpin kerajaan terpalit rasuah dan salah guna kuasa.

Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pelbagai lapisan rakyat mengeluh kesusahan lantaran golongan elit politik hanya mengaut kekayaan untuk diri sendiri.

"Ini bukan soal kaum, ada elit politik Melayu yang khianat, selain Cina dan India yang kaut keuntungan termasuk dalam kalangan pekerja dari Bangladesh. Semua terpalit dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah," kata ketua pembangkang itu ketika berucap dalam Sidang Nadi Rakyat anjuran KEADILAN di sini hari ini.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan menegaskan tiga negeri yang ditadbir pembangkang iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan sebaliknya sentiasa mendengar rintihan rakyat pelbagai kaum sejak dahulu lagi .

"Saya syorkan rakan-rakan (KEADILAN) turun ke bawah, tiap negeri dan daerah, bukan semestinya aktivis parti untuk mendengar suara pesawah, pemandu Grab, teksi, pekerja, penganggur, anak muda dan wanita.

"Oleh itu, kerja kita seru anak muda, Melayu, Cina, India dan Kadazan bangkit selamatkan negara ini dan tolak rasuah. Menang kalah soal lain, soal kerja harus utama," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619