AGENSI

MBI peruntuk hampir RM40,000 pasang sistem solar di Flat Taman Bidara

2 Jul 2022, 5:03 AM
MBI peruntuk hampir RM40,000 pasang sistem solar di Flat Taman Bidara

OLEH NORZILAWATI SIDEK

SELAYANG, 2 JULAI: Sebanyak RM36,800 diperuntuk Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI bagi pemasangan dua unit sistem solar di Pangsapuri Taman Bidara di sini.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya berkata projek julung kali dibuat pihaknya itu bagi kawasan berkenaan yang sebelum ini tidak mempunyai kemudahan lampu pada waktu malam.

"Ini merupakan projek pertama (MBI) yang melibatkan lampu solar demi keselamatan penduduk yang bergelap pada waktu malam selain isu sosial.

"Dengan adanya kemudahan ini, masalah tersebut dapat diatasi. Walaupun nampak sedikit tapi kesannya sangat memberangsangkan," kata Ahmad Azri Zainal Nor.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian Sistem Lampu Solar Pangsapuri Taman Bidara, di sini hari ini. Turut hadir Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Lanjan Elizabeth Wong.

Sementera itu, Elizabeth berkata beliau berterima kasih kepada MBI yang meluluskan permohonan bagi kemudahan dipasang di dua blok pangsapuri tersebut.

"Projek ini sangat bermakna kepada penduduk kerana mereka sudah lama bergelap pada waktu malam. Saya meminta peruntukan dana daripada MBI dan akhirnya diluluskan.

"Kemudahan ini juga mengurangkan kos elektrik bagi pemasangan lampu di pangsapuri ini," kata menambah lampu solar itu siap dipasang pada Mac lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619