AGENDA

Pembantu kedai disyaki bunuh lelaki warga asing ditahan

2 Jul 2022, 3:45 AM
Pembantu kedai disyaki bunuh lelaki warga asing ditahan

KUALA LUMPUR, 2 JULAI: Polis menahan seorang pembantu kedai disyaki terbabit dalam kes bunuh seorang lelaki warga asing di Jalan AU2A/14, Taman Keramat, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata lelaki warga asing berusia 22 tahun itu ditahan di lokasi kejadian sejurus selepas pihaknya menerima maklumat berhubung insiden tersebut kira-kira 10.36 malam.

Menurutnya dalam kejadian tersebut mayat lelaki warga asing berusia 37 tahun yang bekerja sebagai buruh ditemukan di atas jalan raya dengan kesan kecederaan dan tikaman pada dada.

"Kita merampas sebilah pisau pemotong sayur yang disyaki senjata digunakan dalam kejadian itu.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kedua-dua lelaki itu mempunyai dokumen perjalanan sah dan permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Ampang hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619