AGENDA

Ramai minat belajar silat lepas tonton filem Mat Kilau

1 Jul 2022, 2:23 AM
Ramai minat belajar silat lepas tonton filem Mat Kilau

SHAH ALAM, 1 JULAI: Penyertaan untuk mempelajari silat melonjak gara-gara filem Mat Kilau yang mencetuskan fenomena luar biasa di seluruh negara ketika ini.

Persatuan Seni Silat Gayong Malaysia Daerah Jempol memaklumkan lebih 40 pelajar mendaftar seni mempertahankan diri itu sejak tiga hari lalu, lapor Berita Harian.

Naib Pengerusinya Ahmad Shafiq Zulkifli menyifatkan permohonan itu luar biasa berikutan sebelum ini hanya empat atau lima pelajar mendaftar dalam tempoh setahun.

"Impak dicetuskan filem berkenaan menyebabkan ada ibu bapa yang mahu anak mereka belajar silat.

"Sebelum ini, silat kurang mendapat sambutan berikutan ada yang mendakwa hanya sekadar seni bela diri kampung namun tayangan filem itu mengubah persepsi orang ramai," katanya.

Filem Mat Kilau terbitan Studio Kembara diilhamkan dari tokoh epik sejarah Malaysia yang telah berjuang menentang penjajah British di Pahang sebelum kemerdekaan.

Karya yang mula ditayangkan 23 Jun lalu menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Johan As'ari dan Yayan Ruhan.

Dalam tempoh tujuh hari tayangan, filem tersebut mencatat kutipan lebih RM23 juta sekali gus

menjadikan ia filem epik Melayu pertama yang pecah panggung.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619