AGENSI

Air Selangor peruntuk perbelanjaan modal RM1.2 bilion pada tahun kewangan 2021

30 Jun 2022, 1:00 PM
Air Selangor peruntuk perbelanjaan modal RM1.2 bilion pada tahun kewangan 2021

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memperuntukkan perbelanjaan modal (Capex) bernilai RM1.2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.

Menurut ketua pegawai eksekutifnya, paras Capex yang meningkat 240 peratus atau hampir empat kali ganda berbanding tahun sebelumnya sejajar dengan pelaksanaan Skim Bekalan Air Rasau fasa satu.

"Tahun sebelumnya (2020), sebahagian besar Capex (perbelanjaan modal) digunakan untuk meningkatkan aset," kata Suhaimi Kamaralzaman ketika membentangkan laporan kelestarian Air Selangor 2021 di The Vertical, Bangsar South City di sini hari ini.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar berkata operator tunggal bekalan air itu merancang perbelanjaan berkaitan sebanyak RM30 bilion untuk tempoh 30 tahun bagi meningkatkan sistem perkhidmatan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan program pelaburan itu termasuk mengurangkan kadar purata air tidak berhasil (NRW).

Dalam perkembangan lain, Suhaimi berkata pihaknya berjaya menyelesaikan terbitan RM1 bilion di bawah program Sukuk Murabahah RM10 bilion sedia ada.

Beliau menjelaskan terbitan itu meliputi terbitan sulung RM430 juta Sukuk Kelestarian Air Selangor (Sukuk SRI), manakala bahagian kedua RM570 juta Nota Kewangan Islam Jangka Sederhana dalam empat siri dari tujuh hingga 20 tahun.

"Ini adalah bagi membiayai dan melaksana projek pelaburan lestari selari dengan pelaburan modal, strategi kelestarian dan matlamat pembangunan mampan kami," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619