AGENDA

Kerajaan lulus diskaun, lanjutan tempoh bayaran kompaun pengusaha pelancongan

30 Jun 2022, 9:33 AM
Kerajaan lulus diskaun, lanjutan tempoh bayaran kompaun pengusaha pelancongan

KUALA LUMPUR, 30 JUN: Kerajaan meluluskan diskaun pembayaran sebanyak 40 peratus dan melanjutkan tempoh pembayaran kompaun yang dikenakan kepada pengusaha pelancongan hingga 30 September ini.

Menurut Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) menerusi satu kenyataan hari ini, kelonggaran itu adalah inisiatif kerajaan dalam membantu penggiat industri pelancongan yang masih terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang gagal memperbaharui lesen turut dikecualikan daripada dikenakan kompaun dalam tempoh berkenaan.

Namun, pengusaha perlu memastikan permohonan pembaharuan lesen yang lengkap dikemukakan dalam masa 30 hari selepas tamat tempoh lesen itu.

Selain itu, pengusaha pelancongan berlesen turut diberi kelonggaran dalam menetapkan keluasan premis perniagaan, menjalankan perniagaan lain di dalam premis masing-masing serta menyewa secara co-share office space.

"Motac berharap inisiatif ini dapat membantu meringankan beban penggiat industri yang masih terkesan dengan penularan wabak Covid-19.

“Namun demikian, pihak kementerian menegaskan bahawa kegagalan untuk menjelaskan kompaun yang dikeluarkan boleh menyebabkan tindakan pendakwaan diambil kepada syarikat atau pemandu pelancong yang berkaitan,” menurut kenyataan itu.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619