AGENDA

30 syarikat pemula sertai Program Pemecut Selangor tingkat prestasi niaga

30 Jun 2022, 7:05 AM
30 syarikat pemula sertai Program Pemecut Selangor tingkat prestasi niaga

SHAH ALAM, 30 JUN: Sebanyak 30 syarikat pemula dipilih menyertai Program Pemecut Selangor (SAP) kohort kelima dengan menjalani latihan bermula hari ini hingga 9 September.

Pemilihan syarikat dibuat mengikut lima bidang utama meliputi teknologi kesihatan dan kewangan, bandar pintar, teknologi hijau dan teknologi pertanian, maklum EXCO industri dan perdagangan.

"Mereka yang dipilih akan melalui latihan bimbingan selama 10 minggu bawah kendalian Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec)," kata Dato' Teng Chang Khim.

"Daripada situ kita akan menilai dan memilih 10 syarikat pemula terbaik untuk menerima suntikan modal daripada rakan strategik bagi meningkatkan lagi perniagaan mereka."

Bercakap selepas merasmikan program berkenaan di i-City di sini hari ini, beliau menambah 30 syarikat pemula berkenaan akan mendapat akses faedah kredit Amazon Web Services bernilai USD5,000 (RM22,027).

Selain itu, jelasnya, mereka juga diberikan ruang kerja percuma selama enam bulan di Pusat Digital Kreatif Selangor (SDCC) dan peluang kerjasama dengan pemain industri.

"10 syarikat pemula terbaik yang terpilih ke peringkat akhir pula akan membuat pembentangan kepada pelabur dan juri yang dijadual berlangsung pada 10 September," katanya.

Sebanyak 120 syarikat tunas perintis berjaya dihasilkan sejak 2018 dengan kira-kira 34 peratus alumni berjaya mengumpul dana dalam meningkatkan prestasi perniagaan mereka.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619