AGENDA

Pengguna merungut rangkaian Maxis alami gangguan teknikal

30 Jun 2022, 5:51 AM
Pengguna merungut rangkaian Maxis alami gangguan teknikal

SHAH ALAM, 30 JUN: Rangkaian Maxis mengalami isu teknikal yang menjejaskan pelanggannya hari ini.

Penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu berkata mereka maklum dengan gangguan dialami pengguna dan sedang berusaha menyelesaikan perkara tersebut secepat mungkin.

"Kami kini sedang berusaha untuk mengenal pasti dan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

"Terima kasih kepada pelanggan kami kerana sabar dan memahami dan kami memohon maaf atas segala kesulitan," katanya dalam kenyataan ringkas kepada Berita Harian.

Semakan di laman Fecebook rasmi Maxis mendapati, pengguna bertanya mengenai isu rangkaian syarikat itu, terutama membabitkan data internet.

Dalam perkembangan terkini, Maxis memaklumkan gangguan tersebut sedang beransur baik dan dijangka pulih sepenuhnya dalam masa terdekat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619