AGENDA

Pengarah harap peminat filem Mat Kilau tonton teater pahlawan Moyang Saleh

30 Jun 2022, 4:05 AM
Pengarah harap peminat filem Mat Kilau tonton teater pahlawan Moyang Saleh

SHAH ALAM, 30 JUN: Fenomena filem Mat Kilau diharap memberi tempias kepada teater Muzikal Moyang Salleh yang bakal dipentaskan di Istana Budaya Ogos depan.

Pengarah teater Roslee Mansor berkata semangat penonton dilihat sangat luar biasa kepada karya yang bersifat kepahlawanan atau patriotik, lapor Harian Metro.

"Kalau dilihat Mat Kilau di layar filem, banyak perkara yang boleh dilakukan di filem, namun di pentas teater juga tentu mereka ingin lihat kelainan kisah patriot, pahlawan yang diangkat seperti Moyang Salleh.

"Kisah Mat Kilau berlatar 1880-an tetapi Moyang Salleh pada 1770-an. Saya harap penonton terpanggil untuk menonton sebuah persembahan bersifat kepahlawanan," katanya.

Teater yang akan dipentaskan pada 26 hingga 31 Ogos depan dibarisi pelakon antaranya Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Moyang Salleh) dan Khir Rahman (Sultan Abdul Jalil Muazam Shah).

Legenda figura seorang pemimpin bernama Moyang Salleh mengetengahkan konsep perjuangan, pengorbanan, seni dan budaya masyarakat Melayu Negeri Sembilan suatu ketika dahulu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619