ADN

Bawa usul perubahan iklim, bantuan rakyat dalam sidang dewan

29 Jun 2022, 9:47 AM
Bawa usul perubahan iklim, bantuan rakyat dalam sidang dewan

PETALING JAYA, 29 JUN: Persiapan negeri menghadapi perubahan iklim antara usul yang akan dibawa wakil rakyat Bandar Utama dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) bulan depan.

Menurut Jamaliah Jamaluddin, tumpuan juga diberikan terhadap pembelaan nasib rakyat yang ditimpa musibah seperti banjir dan tanah runtuh disebabkan faktor berkenaan.

"Kita perlu belajar daripada pengalaman lepas seperti banjir besar melanda Selangor pada Disember tahun lalu termasuk tanah runtuh di beberapa kawasan.

"Memang sukar untuk hentikan perubahan iklim tetapi jika ia berlaku, negeri perlu tahu cara membantu rakyat terutama petani, nelayan atau mereka yang tinggal berhampiran kawasan berisiko," katanya.

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis pecah tanah projek menaik taraf sistem saliran dan kolam takungan di hulu sungai kawasan Sungai Kayu Ara di sini hari ini.

Sebelum ini, Speaker DNS Ng Suee Lim mengumumkan sidang dewan dijadual berlangsung mulai 25 Julai sehingga 5 Ogos depan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619