ADN

110 penduduk Batang Kali dibawa tonton filem Mat Kilau secara percuma

28 Jun 2022, 8:30 AM
110 penduduk Batang Kali dibawa tonton filem Mat Kilau secara percuma

GOMBAK, 28 JUN: Seramai 110 penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali dibawa menonton filem Mat Kilau secara percuma di pawagam TGV Aeon Rawang di sini, malam tadi.

Menariknya sebahagian besar mereka yang terdiri daripada belia memakai busana Melayu serta bertanjak bagi menyaksikan filem berkenaan.

Pegawai Penyelaras DUN Saifuddin Shafi Muhammad berkata lebih RM2,000 diperuntuk pusat khidmat rakyatnya bagi pembelian tiket selain enam penonton yang memakai busana terbaik turut menerima hadiah wang tunai.

"Promosi filem ini terlalu hebat dan kita nak orang Batang Kali rasainya sendiri. Melalui filem ini kita mahu orang kita kenal akar budaya, kenal susur galur supaya tidak lupakan.

"Hidup kita ini sentiasa bergelut, sentiasa ada perjuangan. Perjuangan dulu lain sekarang lain, jika dulu berjuang menentang penjajah zaman sekarang kita berjuang mengekal keharmonian," katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata selepas ini pihaknya merancang untuk membawa masyarakat India di Batang Kali menonton filem Tamil pada Julai ini.

"Sebelum ini memang kita selalu adakan program seperti ini namun dihentikan akibat Covid-19. Jika ada filem tempatan yang bagus kita akan buat bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi juga India dan Cina," katanya.

Setakat semalam, filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan meraih kutipan lebih RM12 juta dalam tempoh empat hari tayangan.

Filem arahan Syamsul Yusof diterajui Datuk Adi Putra yang diberi tanggungjawab menghidupkan watak pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau.

Selain turut dibintangi aktor hebat seperti Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619