AGENSI

Pusat kemahiran negeri tawar 10 kursus, lepasan SPM dipelawa mohon

27 Jun 2022, 8:02 AM
Pusat kemahiran negeri tawar 10 kursus, lepasan SPM dipelawa mohon
Pusat kemahiran negeri tawar 10 kursus, lepasan SPM dipelawa mohon

SHAH ALAM, 27 JUN: Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditawar mengikuti 10 kursus di Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) yang di biayai biasiswa Kerajaan Negeri.

Pusat kemahiran negeri itu memaklumkan pengambilan terhad kepada 25 pelajar untuk setiap kursus kemahiran ditawarkan bagi sesi Julai dan Ogos 2022.

"Kerajaan Negeri menerusi Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS) turut menawarkan biasiswa kepada pelajar.

"Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui www.stdc.edu.my/daftarsekarang.php dan hubungi 0332812616/21 untuk pertanyaan," katanya di Facebook.

Sebanyak 10 kursus kemahiran yang ditawarkan ialah teknologi automotif, semburan cat, teknologi motosikal, teknologi elektrik, penyaman udara, fesyen, terapi spa, kulinari, pastri dan teknologi sistem komputer.

STDC merupakan institusi pendidikan teknikal yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebagai pemegang saham terbesar di dalam syarikat.

Pada Ogos 2020 Kolej Antarabangsa INPENS yang bertempat di Kuala Selangor dijenamakan semula sebagai STDC bagi memperkasakan pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619