AGENSI

Turun padang daftar peniaga bawah PLATS, perhebat usaha ke arah digital

27 Jun 2022, 1:37 AM
Turun padang daftar peniaga bawah PLATS, perhebat usaha ke arah digital

Khairul Azran Hussin

SHAH ALAM, 26 JUN: Rakan Digital Selangor (RDS) digerak ke seluruh negeri untuk mendekati serta mendaftar peniaga kecil makanan dan minuman di bawah Platform Selangor (PLATS).

Penyelaras PLATS Azizul Hussin berkata inisiatif tersebut antara usaha melaksanakan transformasi perniagaan ke arah digitalisasi sekali gus membantu meningkatkan jualan harian mereka.

"RDS akan menjejaki peniaga dan penjaja kecil untuk mendigitalisasikan mereka dengan mendaftarkan dalam direktori PLATS bagi meningkatkan penjualan.

"Sasaran kita mahu semua peniaga makanan dan minuman berdaftar bawah PLATS, kalau orang mahu cari tempat makan, boleh akses menerusi PLATS untuk melihat pelbagai lokasi dan kedai,” katanya ketika menjadi tetamu program Borak Santai sempena Jelajah Selangor Penyayang menerusi Selangor TV.

PLATS diperkenal Ramadan dua tahun lepas bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Pada 11 April tahun lalu, PLATS 2.0 dilancarkan bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa, tidak terhad ketika bulan puasa sahaja.

Platform maya siri 3.0 itu diteruskan tahun ini pada April melibatkan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), RDS dan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619