AGENDA

Budak lelaki 11 tahun lemas terjatuh dalam tali air ketika memancing

26 Jun 2022, 11:56 PM
Budak lelaki 11 tahun lemas terjatuh dalam tali air ketika memancing

KUANTAN, 27 JUN: Seorang budak lelaki berusia 11 tahun ditemukan lemas dipercayai akibat terjatuh ke dalam tali air ketika memancing bersama rakannya berhampiran balai raya Chengal Lempong di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Ismail Abdul Ghani berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.19 malam sebelum lima anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Gebeng dikerah ke lokasi kejadian.

Beliau berkata Che Wan Izz Aqil Haris Che Wan Hamizi dari Taman Unity telah ditemukan oleh orang awam sekitar tali air itu selepas rakan mangsa meminta pertolongan daripada penduduk berdekatan.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi bertindak memberikan bantuan pernafasan kepada mangsa sebelum ketibaan ambulans namun pasukan perubatan yang hadir kemudian mengesahkan kanak-kanak itu telah meninggal dunia,” menurutnya dalam kenyataan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619