AGENDA

10,119 peniaga kecil sertai PLATS takat Mei, sasar 20,000 usahawan beralih kepada digital

26 Jun 2022, 6:35 AM
10,119 peniaga kecil sertai PLATS takat Mei, sasar 20,000 usahawan beralih kepada digital

Khairul Azran Hussin

SHAH ALAM, 26 JUN: Seramai 10,119 peniaga dan penjaja kecil menyertai Platform Selangor (PLATS) untuk meluaskan rangkaian perniagaan setakat 31 Mei tahun ini.

Penyelarasnya Azizul Hussin berkata berdasarkan sambutan menggalakkan itu, pihaknya menyasarkan 20,000 peniaga dan penjaja kecil di negeri ini berubah ke arah jualan digital menjelang hujung tahun.

"Ketika PLATS mula diperkenalkan pada 2020, hanya kira-kira seribu sahaja berdaftar dengan kita, tetapi jumlah ini meningkat setiap tahun. Tahun ini kita sasar 20,000 peniaga dan penjaja kecil mendaftar.

"Semua peniagadan penjaja diajak manfaatkan platform PLATS untuk tingkat hasil jualan," katanya ketika menjadi tetamu program Borak Santai sempena Jelajah Selangor Penyayang menerusi Selangor TV.

PLATS diperkenal Ramadan dua tahun lepas bagi melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor menerusi platform digital susulan penularan wabak Covid-19.

Pada 11 April tahun lalu, PLATS 2.0 dilancarkan bagi membantu peniaga menjana pendapatan sepanjang masa, tidak terhad ketika bulan puasa sahaja.

Platform maya siri 3.0 itu diteruskan tahun ini pada April melibatkan kerjasama Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Rakan Digital Selangor (RDS) dan 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619