AGENDA

Pemimpin setia, hargai mandat rakyat punca pentadbiran Selangor stabil

26 Jun 2022, 5:10 AM
Pemimpin setia, hargai mandat rakyat punca pentadbiran Selangor stabil

KUALA LANGAT, 26 JUN: Selangor masih kekal diperintah Pakatan Harapan (HARAPAN) berikutan majoriti pemimpinnya tahu mandat dan tanggungjawab diberikan rakyat.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor berkata warisan itu dikekalkan dan terus mentadbir walaupun pelbagai isu termasuk Langkah Sheraton.

Dato' Seri Amirudin Shari berkata ramai mengatakan 22 bulan ketika pemerintahan tidak mampu berbuat apa-apa, namun ia bukan masa yang adil untuk dinilai.

"Saya masih ingat ketika menang pada 2008, 22 bulan amat memeritkan daripada isu lembu, tukar sport rim, buka ladang babi semuanya dihempuk dengan pentadbiran tetapi kerana tiada lompat parti warisan dapat dikekalkan.

"Majoriti 90 peratus tahu mandat dan tanggungjawab. Sebab itu kalau UMNO mengatakan bawa kestabilan dan kemakmuran, di Selangor tidak boleh berhujah begitu dan kekal dengan HARAPAN kerana pimpinan tak curang serta kekal teguh dengan perjuangan," katanya.

Beliau berucap dalam Ceramah Jelajah Harapan Rakyat sempena Program Jelajah Harapan Selangor di Dataran Pantai Morib di sini semalam.

Terdahulu, Amirudin hadir ke majlis Makan Malam Muhibbah Jelajah Harapan Selangor di Dewan Telok Panglima Garang.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619