AGENDA

Anwar: Utamakan agenda bela nasib orang miskin, angkat darjat rakyat

26 Jun 2022, 2:32 AM
Anwar: Utamakan agenda bela nasib orang miskin, angkat darjat rakyat

KUALA LANGAT, 26 JUN: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pimpinan semua negeri supaya mengutamakan agenda membela nasib golongan kurang berkemampuan.

Ketua pembangkang berkata di Selangor sebagai contoh, semangat membela nasib orang miskin menjadi keutamaan pemimpinnya demi kepentingan dan kemaslahatan rakyat.

"Untuk menjadi pemimpin, yang pertama mestilah angkat darjat mereka (rakyat). Pemimpin kena bebaskan mereka dan jangan jadikan hamba. Seterusnya, pemimpin kena bela anak yatim dan orang miskin.

"Sebagai menteri besar, kena menjaga amanah dan kepentingan rakyat. Hendak naikkan martabat kena jaga masalah rakyat," katanya ketika berucap dalam program Jelajah Harapan Selangor di Dataran Pantai Morib di sini, malam tadi.

Anwar yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata seseorang pemimpin dianggap gagal membawa perubahan jika terus mengabaikan nasib rakyat.

"Kita mahu bawa perubahan ke arah kebaikan, mengangkat darjat manusia dan ini yang sedang kita cuba lakukan.

"Naratif kita berbeza kerana Pakatan Harapan bercakap soal kemanusiaan, kita bercakap tentang mengangkat darjat manusia," katanya.," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619