AGENSI

Pekawanis laksana pelbagai program santuni golongan kurang berkemampuan

25 Jun 2022, 12:14 PM
Pekawanis laksana pelbagai program santuni golongan kurang berkemampuan
Pekawanis laksana pelbagai program santuni golongan kurang berkemampuan

KUALA LANGAT, 25 JUN: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis) giat menyantuni golongan wanita terutama golongan berpendapatan rendah (B40).

Yang dipertuanya berkata pelbagai program dan bantuan dianjurkan setiap tahun melibatkan kira-kira 45 Dewan Undangan Negeri (DUN).

Menurut Datin Seri Masdiana Muhamad, bagi setiap perayaan, pihaknya memperuntukan sejumlah RM196,000 seluruh Selangor dalam membantu golongan B40 dan menganjurkan program 'Back to School' dengan memperuntuk RM245,000.

"Bukan itu sahaja menerusi program ziarah medik kita peruntuk RM208,000 iaitu setiap penerima mendapat RM250 serta membawa jururawat untuk memeriksa tahap kesihatan penerima.

[caption id="attachment_527255" align="alignright" width="380"] Yang Dipertuan Pekawanis Datin Seri Masdiana Muhamad bercakap ketika Program Santai Bual Bicara Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat pada 25 Jun 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

"Malah, bagi program keagamaan dan kerohanian yang dianjurkan termasuk di kediaman Dato' Menteri Besar, kita memperuntuk RM77,000," katanya.

Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Pekawanis bersama Persatuan Suri dan Anggota Wanita Perkhidmatan Awam (Puspanita) Selangor di Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib di sini hari ini.

Masdiana yang juga penaung Puspanita memaklumkan setiap bantuan diberikan itu adalah tanggungjawab dan keprihatinan dalam membantu masyarakat memerlukan bantuan.

"Semua bantuan ini terus diagihkan kepada penerima dan diharap dapat mengurangkan beban penerima," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619