AGENDA

Sukarelawan bantu pengunjung urusan daftar inisiatif, saringan kesihatan

24 Jun 2022, 8:16 AM
Sukarelawan bantu pengunjung urusan daftar inisiatif, saringan kesihatan
Sukarelawan bantu pengunjung urusan daftar inisiatif, saringan kesihatan

SHAH ALAM, 24 JUN: Seramai 20 ahli Team Selangor menjadi sukarelawan pada program Jelajah Selangor Penyayang di Dataran Pantai Morib, Kuala Langat esok.

Ketua Sekretariat Syahaizel Keman berkata ahli terlibat akan membantu dan menyantuni pengunjung sekitar reruai milik anak syarikat Kerajaan Negeri.

“Jika pengunjung ada masalah untuk daftar pada mana-mana insentif, sukarelawan ini akan merujuk mereka kepada petugas.

“Dalam masa sama, kita turut tempatkan lima sukarelawan di program pemeriksaan kesihatan Selangor Saring. Ini atas permintaan Selcare kerana dijangka ramai peserta datang,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Program jelajah bermula 7.30 pagi hingga 5.30 petang esok melibatkan pelbagai acara antaranya persembahan artis, senamrobik, pertandingan memasak, gubahan bunga, sukan rakyat, papan selaju dan e-sukan.

Jelajah bantuan rakyat yang turut melibatkan anak syarikat negeri membuka tirai di Taman Kosas, Ampang pada minggu lalu dan seterusnya dijadual berlangsung di Stadium Utama Kuala Selangor, 2 Julai.

Pada 16 Julai, program dijalankan di Dataran Boulevard, Laman Majlis Bandaraya Petaling Jaya diikuti Padang Awam Batu Caves Gombak pada 31 Julai.

Inisiatif dijayakan menerusi peruntukan RM600 juta di bawah Iltizam Selangor Penyayang, menggantikan Inisiatif Peduli Rakyat supaya lebih ramai penduduk memperoleh manfaat disediakan Kerajaan Negeri.

Antaranya Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (Bingkas), menggantikan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) membantu hingga 30,000 keluarga berbanding 25,000 keluarga sebelum ini.

Turut dilaksana, program Selangor Saring untuk mengesan penyakit kronik dengan perbelanjaan RM1.5 juta yang memanfaatkan 5,000 orang terutama golongan berisiko.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619