PBT

MBSA kompaun restoran simen sebahagian pili bomba

24 Jun 2022, 8:00 AM
MBSA kompaun restoran simen sebahagian pili bomba

SHAH ALAM, 24 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengenakan kompaun ke atas sebuah restoran yang membuat pengubahsuaian sehingga sebahagian pili bomba tertanam di dalam simen kaki lima.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata hasil pemantauan mendapati restoran yang terletak di Seksyen 13 di sini membuat penyambungan kaki lima premis berkenaan.

"Semasa pemeriksaan dijalankan, pihak bomba turut berada di lokasi dan mengeluarkan notis kompaun ke atas pemilik restoran.

"MBSA telah mengeluarkan satu kompaun dan satu notis halangan di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta 133," tulisnya di Facebook.

Terdahulu tular di media sosial mengenai sebuah restoran membuat penyambungan kaki lima sehingga sebahagian pili bomba tertanam di dalam simen premis terbabit.

Rata-rata pengguna laman sosial menyelar tindakan itu dan meminta pihak berkuasa meroboh binaan tersebut yang dibimbangi membahayakan pelanggan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619