AGENDA

Pelajar dijangkiti Influenza A, asrama SAM Bestari diarah tutup

24 Jun 2022, 3:24 AM
Pelajar dijangkiti Influenza A, asrama SAM Bestari diarah tutup

SHAH ALAM, 24 JUN: Asrama Sekolah Agama Menengah Bestari (SAM Bestari) di Subang Jaya diarah tutup bermula semalam susulan penularan Influenza A dalam kalangan pelajar.

Pengarah Kesihatan Selangor berkata arahan penutupan sementara itu untuk proses nyahkuman dan mengawal jangkitan selepas seorang pelajar dimasukkan ke hospital, lapor Berita Harian.

Menurut Datuk Dr Sha'ari Ngadiman setakat semalam 191 pelajar sekolah menengah berasrama itu dikesan bergejala jangkitan saluran pernafasan atas seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak.

"Daripada jumlah itu, lima pelajar disahkan positif Influenza A, manakala sebanyak 13 sampel lagi masih menunggu keputusan.

"Ujian Covid-19 yang dijalankan ke atas 30 pelajar bergejala mendapati semuanya negatif," katanya.

Semalam, Dr Sha'ari menerusi kenyataan memaklumkan terdapat kluster Influenza-Like- Illness (ILI) melibatkan sebuah sekolah di Petaling susulan 110 pelajar dikesan bergejala sejak 14 Jun lalu.

Beliau berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Petaling kini mengambil langkah pencegahan dengan memantau kes yang menjalani pengasingan dan merujuk kes yang memerlukan rawatan ke hospital.

"PKD juga menjalankan aktiviti pendidikan kesihatan berkaitan pencegahan penularan kluster ILI," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619