AGENDA

Kes varian Omicron lebih mudah merebak dikesan di Sarawak

23 Jun 2022, 2:18 PM
Kes varian Omicron lebih mudah merebak dikesan di Sarawak

KUCHING, 23 JUN: Kes Covid-19 varian Omicron yang lebih mudah menular iaitu BA.2.12.1 dan BA.5 dikesan di Sarawak baru-baru ini.

Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Prof Dr David Perera mendedahkan perkara demikian dalam laporannya kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah Embas, hari ini.

Beliau berkata sejumlah 1,229 sampel kes positif berjaya disusun bagi tempoh 1 Mac hingga 16 Jun lalu.

"Kesemua dikesan sebagai kes varian membimbangkan (VOC). Sampel ini diambil daripada kes positif yang diperoleh di seluruh negeri,”katanya dalam kenyataan di sini.

Prof Dr Perera berkata daripada sampel tersebut, BA.2 terus menjadi sub-varian dominan Omicron Covid-19 dikesan.

"Bagaimanapun, pada minggu terakhir Mei, kami mengesan kejadian pertama BA.2.12.1 yang mudah menular daripada kes di Kuching dan BA.5 di Sibu.

“Seterusnya, satu kes tambahan BA.2.12.1 dan tiga kes BA.5 dikesan di Kuching pada minggu kedua dan ketiga bulan ini,”katanya.

Beliau berkata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini mengumumkan kedua-dua sub-varian ini paling mudah berjangkit dan kadar penularan yang pantas berbanding induk Omicron VOC.

Susulan perkembangan terbaru itu, Prof Dr menasihatkan orang ramai supaya peka dengan risiko peningkatan kadar jangkitan di negeri itu.

Orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan suntikan dos penggalak jika belum berbuat demikian khusus bagi individu yang mempunyai komorbiditi dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas,”katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619