PBT

Lebih 20 vendor menanti kunjungan peminat kopi di Kajang hujung minggu ini

23 Jun 2022, 4:56 AM
Lebih 20 vendor menanti kunjungan peminat kopi di Kajang hujung minggu ini
Lebih 20 vendor menanti kunjungan peminat kopi di Kajang hujung minggu ini

SHAH ALAM, 23 JUN: Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) akan menganjurkan program Lebuh Kopi Kajang bertempat di Jalan Sulaiman iaitu di tengah-tengah bandar Kajang pada Sabtu dan Ahad ini.

Menurut MPKj program dengan kerjasama Tempatan Fest Studio itu adalah bersempena dengan sambutan 25 Tahun Jubli Perak pihak berkuasa tempatan berkenaan.

"Kami bawakan hampir 30 pengusaha kopi dan pastri yang ada di sekitar Kajang terus ke program Lebuh Kopi Kajang khas buat anda.

"Dan lebih menarik, banyak aktiviti kesenian yang turut disediakan sempena sambutan Hari Belia menerusi program Kanvas Belia MPKj 2022.

"Apa lagi, jom cuba semua artisan coffee hasil dari air tangan anak-anak Kajang. Tak minum kopi tak apa, ada banyak lagi gerai jualan yang disediakan," kongsi MPKj di Facebook.

Orang ramai yang berminat boleh ikuti Instagram @lebuhkopikajang untuk dapatkan senarai vendor kopi dan pastri yang berdaftar serta pelbagai maklumat lain.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619