PBT

Pejabat bergerak MBSA di Lotus’s Setia Alam Sabtu ini

23 Jun 2022, 2:20 AM
Pejabat bergerak MBSA di Lotus’s Setia Alam Sabtu ini

SHAH ALAM, 23 JUN: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menyediakan pejabat bergerak di pekarangan tempat letak kereta Lotus’s Setia Alam, Seksyen U13 di sini, Sabtu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya berkata perkhidmatan ‘Shah Alam On Wheels’ bermula 11 pagi hingga 5 petang itu merupakan platform memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

"Pejabat bergerak ini menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan dan sebagainya.

"Melaluinya, MBSA MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan untuk manfaat masyarakat,” kata Shahrin Ahmad menerusi kenyataan hari ini.

MBSA menggunakan kaedah tersebut di beberapa lokasi sebelum ini sebagai pendekatan memudahkan urusan orang ramai termasuk pembayaran kompaun tertunggak.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619