SELANGOR

Waris penerima bantuan iltizam sihat bersyukur, guna tampung perbelanjaan

21 Jun 2022, 5:55 AM
Waris penerima bantuan iltizam sihat bersyukur, guna tampung perbelanjaan
Waris penerima bantuan iltizam sihat bersyukur, guna tampung perbelanjaan
Waris penerima bantuan iltizam sihat bersyukur, guna tampung perbelanjaan

SHAH ALAM, 21 JUN: Rata-rata waris penerima Iltizam Selangor Sihat (ISS) meluahkan rasa syukur dan menyifatkan bantuan itu mampu menampung perbelanjaan bagi keperluan asas.

M Perinppanayagi, 59, yang kehilangan pasangan hidupnya April lalu akibat sakit jantung berkata beliau amat sedih di atas pemergian suami ditambah lagi mereka tidak memiliki zuriat.

[caption id="attachment_526611" align="alignleft" width="348"] M Perinppanayagi[/caption]

"Kini saya tinggal bersama adik kerana saya dan mendiang memang tiada anak... walaupun masih sedih dengan pemergian suami tetapi tetap bersyukur terima bantuan ini.

"Saya bercadang untuk menyimpan wang ini dan belanja apabila perlu terutama berkaitan keperluan asas seperti perubatan, makanan dan minuman," katanya ketika ditemui SelangorKini.

[caption id="attachment_526612" align="alignright" width="348"] Azmin Sham Mokhtar[/caption]

Seorang lagi waris, Azmin Sham Mokhtar, 52, berkata beliau mewakili Allahyarham ayahnya yang baru meninggal dunia Januari lalu akibat sakit tua.

"Terima kasih Kerajaan Negeri di atas bantuan diberikan ini yang amat membantu waris menguruskan keperluan pengebumian ahli keluarga yang meninggal dunia.

"Insya-Allah kami adik-beradik bercadang untuk membina kepok kubur arwah ayah dengan wang ini kerana sudah lama tertangguh," katanya lagi.

Baru-baru ini, Kerajaan Negeri melancarkan ISS di Jelajah Selangor Penyayang di Padang Taman Kosas, Ampang.

Program yang dijenamakan semula daripada Skim Insurans Peduli Sihat (SIPS) itu memperuntuk sejumlah RM55.5 juta.

Ahli ISS yang layak boleh menuntut manfaat berjumlah RM6,000 iaitu RM5,000 bagi khairat kematian serta RM1,000 bagi kos pengebumian.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619