AGENDA

Empat remaja lari dari asrama kerana dilarang guna telefon bimbit

21 Jun 2022, 12:01 AM
Empat remaja lari dari asrama kerana dilarang guna telefon bimbit

KUANTAN, 21 JUN: Empat remaja termasuk tiga beradik melarikan diri dari sebuah asrama pusat jagaan anak yatim dan miskin di Kempadang di sini tengah malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun dengan kesemuanya berasal dari Kampung Cenderawasih, Pekan dipercayai melarikan diri menerusi pintu belakang asrama pada 12.30 tengah malam.

Beliau berkata tindakan itu dipercayai berpunca akibat tidak puas hati dengan larangan penggunaan telefon bimbit di asrama berkenaan.

“Kehilangan mereka disedari oleh penyelia asrama berusia 35 tahun yang kemudiannya membuat laporan polis pukul 5.05 petang tadi selepas usaha mencari yang dilakukan pihak asrama gagal,” katanya menerusi kenyataan semalam.

Wan Mohd Zahari berkata kesemua remaja terlibat difahamkan mula mendiami asrama itu sejak dua dan setahun lepas.

Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang dan usaha mengesan mereka kini giat dijalankan, katanya.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619