PBT

MBSJ belanja RM23.2 juta urus sisa pepejal, tingkat kebersihan bandar

20 Jun 2022, 3:34 PM
MBSJ belanja RM23.2 juta urus sisa pepejal, tingkat kebersihan bandar

SUBANG JAYA, 20 JUN: Sebanyak RM23.2 juta dibelanjakan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) bagi kutipan sampah dan pembersihan awam sehingga Mei lalu.

Datuk Bandarnya berkata peruntukan itu selari dengan pelan tindakan pembangunan mampan pihak berkuasa tempatan (PBT) berkenaan untuk melaksanakan pemantauan terhadap kebersihan perbandaran.

Dato' Johary Anuar memaklumkan sebanyak 112,000 tan sisa pepejal dilupuskan sehingga tempoh berkenaan dengan anggaran 750 tan sehari.

"Pengurusan sisa pepejal merupakan cabaran besar dalam kehidupan khususnya di bandar. Proses perbandaran pesat selain peningkatan jumlah penduduk mengakibatkan semakin banyak barangan dan sisa dibuang.

"Keadaan ini bukan hanya menjejaskan kualiti alam sekitar tetapi menimbulkan masalah kesihatan. Jadi, kita membelanjakan jumlah tersebut kepada KDEBWM untuk urus sampah dan pembersihan," katanya di ibu pejabat MBSJ di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata pemantauan terhadap aduan berkaitan kutipan sampah dan pembersihan awam dilaksana bagi memastikan keadaan persekitaran selesa.

Menurutnya, penjagaan kawasan seperti pemotongan rumput, pembersihan longkang, jalan dan taman awam turut diutamakan bagi mengimbangi pembangunan pesat di kawasan MBSJ.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619