AGENDA

Negeri anjur program asah bakat pereka muda, Siti Nurhaliza dilantik juri

20 Jun 2022, 1:15 PM
Negeri anjur program asah bakat pereka muda, Siti Nurhaliza dilantik juri

KUALA LUMPUR, 20 JUN: Kerajaan Negeri buat julung kali menganjurkan Selangor Fashion Accelerator mulai 1 Ogos hingga 23 September ini bagi mengembangkan industri fesyen negara.

Ketua pegawai eksekutif Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (Sidec) berkata penganjuran program berkonsepkan pakaian sopan itu turut bertujuan mengasah bakat pereka muda.

“Program ini melibatkan sesi latihan dan bimbingan daripada pemain industri serta profesional terkenal.  Permohonan dibuka mulai 15 Jun dan kami menyasarkan 50 pemohon akan diterima.

"Program secara hibrid merangkumi kemahiran asas, kesesuaian pasaran produk, pengurusan jenama, pasaran digital serta cara mencari pembekal atau pengilang,” kata Yong Kai Ping pada sidang media pengumuman program berkenaan di sini, hari ini.

Beliau berkata Datuk Seri Siti Nurhaliza tampil sebagai juri bersama enam individu lain antaranya pereka fesyen terkenal Melinda Looi.

Selain itu, Ketua Pegawai Eksekutif Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan Pengarah Urusan The Hive Southeast Asia Dato' Syed Haizam Hishamuddin Putra Jamalullail  turut membuat penilaian.

“Enam peserta terbaik akan membentang idea mereka kepada pelabur dan rakan kongsi pada Hari Demo,  8 Oktober sempena penganjuran Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital Selangor.

“Individu yang menang akan terima pelaburan dari The Hive dan PNSB. Maklumat lanjut program boleh didapati di www.sidec.com.my,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619