AGENDA

EXCO: Inisiatif Selangor tingkat taraf hidup rakyat dicontohi negeri lain

20 Jun 2022, 11:10 AM
EXCO: Inisiatif Selangor tingkat taraf hidup rakyat dicontohi negeri lain

SHAH ALAM, 20 JUN: Program Indian Selangor Empowerment and Entrepreneurs Development (I-Seed) khusus untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat India dicontohi Pulau Pinang.

EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau berkata perkara itu dimaklumkan menerusi sesi perbincangan antara pihaknya bersama Ketua Menteri Chon Kon Yeow dan Timbalan Ketua Menteri 2, Dr P Ramasamy pada 16 Jun lalu.

“Mereka menjemput saya bersama Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) ke taklimat mereka. Kerajaan Pulau Pinang sedang menubuhkan jawatankuasa bagi melaksana program seperti I-Seed.

“Dalam taklimat itu, Kerajaan Selangor memberi penerangan mengenai I-Seed, bagaimana ia bermula dan proses yang dijalankan,” katanya pada sidang media di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini, hari ini.

Program I-Seed dilancar pada 7 April tahun lalu melibatkan dana RM1.7 juta bertujuan meningkatkan taraf ekonomi kaum India melalui pemberian bantuan peralatan bergantung kepada perniagaan yang mereka usahakan.

Antara syarat kelayakan adalah rakyat Selangor atau bermastautin lebih 10 tahun, individu dan seisi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan dan perniagaan mesti beroperasi di negeri ini.

Selain itu, perniagaan perlu aktif dan konsisten, pemohon atau pasangan (suami/isteri) tidak pernah terima bantuan peralatan di bawah program Bantuan Blueprint Pembasmian Kemiskinan Negeri Selangor atau program Dana Usahawan Mikro Selangor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619